Thursday 27 October 2011

Salam pengenalan

Salam Perkenalan

Nama: LEE KUI SIU
No Matrik: D20102044000
Alamat: 34, LEVEL CROSSING, JLN. LKS10, KG. LEE KIM SAI, 48000 RAWANG, SEL.
Sekolah: SJK (C ) SAN YUK, 48000 RAWANG, SELANGOR.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sekarang: B. CINA, SAINS, SCIENCES, PENDIDIKAN JASMANI
No tel untuk dihubungi: 012-6291014



Monday 10 October 2011

lagu kanak-kanak

Aktiviti Tatabahasa

Pilih jawapan yang betul.
1. Antara berikut, yang manakah merupakan kata nama am?
    A. Askar                                     B. Proton Persona
2. Antara berikut, yang manakah merupakan kata nama khas?
    A. Toshiba                           B. Komputer



Pilih kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Lima orang perompak yang melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Viva telah mengalami kemalangan jalan raya.
    A. Perompak     B. Kereta     C. Proton Waja

2. Gunung yang tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.
    A. Gunung      B. Everest    C. Gunung Everest

KATA NAMA 名词

                                                             

1. Kata Nama Am 
普通名词
cthradio
        pejabat
        abang
        guru

2. Kata Nama Khas
专有名词
cth:Australia
        Doktor Tan
        Berita Harian
        Proton Waja


3. Kata ganti nama
代名词
* Kata Ganti Nama Diri
* Kata Ganti Nama Tunjuk
 * Kata Ganti Nama Tempat
* Kata Ganti Nama Tanya 
* Kata Ganti Nama Tak Tentu
*  Kata Ganti Nama Diri
人称代名词
cthsaya
        engkau
        beliau 
*  Kata Ganti Nama Tunjuk
 指示代名词
cth:ini, itu

*  Kata Ganti Nama Tempat
地方代名词
cth:sini, sana, situ

* Kata Ganti Nama Tanya 
疑问代名词
cth:apa, siapa,
        berapa,
        mengapa
* Kata Ganti Nama Tak Tentu
不定代名词
cth:apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila

Kata Ganti Nama tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh

apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.

Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.


sapa-sapa

mana-mana, masing-masing,

seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa

digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

Saturday 8 October 2011

Kata Ganti Nama Penunjuk

Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.

Friday 7 October 2011

Kata Ganti Nama Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian

contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.

Kata Ganti Nama Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah
Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?


Thursday 6 October 2011

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti nama Diri

Kata Ganti Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita


Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya  ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang
biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih
daripada seorang

Kata Nama KHAS

Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyaw
Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam

binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Saga
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)